TUTORIAL 1 (28 Feb 2017)
Tutorial pertama ini dijalankan di Makmal Komputer 2 iaitu dikendalikan tutor kami, Dr Fariza Khalid. Salam perkenalan untuk julung kalinya. Tutorial pertama ini kami mulakan dengan sesi perkenalan walaupun masing-masing sudah mengenali antara satu sama lain. Namun, pada saya sendiri, saya suka jika adanya sesi suai kenal ini kerana saya sendiri suka untuk melihat gelagat rakan-rakan saya. Pelbagai ragam yang ditunjukan dan kadang kala menyebabkan tidak berhenti untuk ketawa. Ia bukan sahaja menyebabkan suasananya terhibur malah boleh menghilangkan rasa mengantuk di pagi hari.
Selain daripada aktiviti tersebut, kami juga telah didedahkan dengan beberapa tugasan yang perlu kami lengkapkan sepanjang menghadiri kelas tutorial Teknologi Pendidikan ini sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Tutorial yang pertama ini banyak mendedahkan saya dengan perkara-perkara yang mungkin baru bagi saya mengenai teknologi. Misalnya, dalam akaun academia.edu yang diperkenalkan kepada saya dan rakan-rakan. Malah, saya juga baru tahu di mana dengan adanya akaun academia ini, kita boleh mengakses pelbagai maklumat sekiranya maklumat tersebut berbentuk academia. Kebiasaannya, saya akan menjumpai maklumat berbentuk academia ini namun, saya tidak boleh mengakses kesemua bahan tersebut. Jadi, dengan adanya akaun tersebut, saya rasa ia memudahkan saya dan juga rakan-rakan saya untuk mengakses maklumat yang dikehendakinya. Kewujudan blog ini juga salah satu perkara yang dibincangkan bersama dengan tutor kami iaitu Dr. Fariza. Blog ini adalah salah satu tugasan individu yang perlu kami lengkapkan selain daripada melengkapi blog ini dengan tugasan-tugasan yang telah dan akan kami laksanankan dalam setiap minggu tutorial dijalankan. Malah, blog ini juga akan dilengkapi dengan beberapa perkongsian maklumat yang bermanfaat sebagai rujukan atau pengetahuan kepada semua. Sekian sahaja untuk pembelajaran dalam kelas tutorial pertama ini. |