tutorial 4 (27 Mac 2017)
Aktiviti pada minggu ini pula adalah memfokuskan kepada tajuk FOTOGRAFI di mana, ia juga salah satu tugasan yang perlu kami semua hasilkan. Pada kelas tutorial kali ini, saya rasa banyak perkara baharu yang saya pelajari dan ketahui. Sebelum ini, saya bukalah penggemar mengambil gambar ataupun menjadi model untuk gambar. Tetapi setelah mendalami setiap apa yang diterangkan oleh tutor kami, timbul satu minat untuk lebih menjiwai dunia fotografi ini. Mungkin bagi saya ia merupakan satu permulaan awal untuk saya mengetahui keindahan makna sekeping gambar yang diambil.
Selain daripada itu, kami turut didedahkan dengan beberapa teknik mengambil gambar. Walaupun ia hanya disyarahkan secara teori sahaja, namun masih boleh difahami setiap teknik yang diajar oleh tutor kami. Perkara yang paling utama disentuh dalam tutorial pada kali ini ialah mengenai cara penggunaan camera dan lensa yang terdapat pada setiap aksesori camera tersebut.

Berikut antara aksesori yang boleh digunapakai bagi sesiapa yang memiliki camera SLR ataupun DSLR. Sebagai ingatan pada diri saya sendiri mahupun buat rakan-rakan saya yang lain, saya juga turut mengakses beberapa contoh gambar yang diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.