tutorial 3 (14 mac 2017)
Apa yang seronoknya ketika tutorial pada kali ketiga ini berlangsung, kami sekelas telah diarahkan oleh Dr Fariza untuk mencari empat penggunaan media untuk PdP yang berkesan. Antara media yang telah disenaraikan ialah, LCD, video, poster dan internet. Jadi, kami telahpun dibahagikan kepada emapat kumpulan mengikut jumlah media yang ada. Saya dengan dua lagi rakan saya iaitu Zuhrah dan Yusnita telah mendapat tajuk video. Di mana, untuk tutorial pada kali ini, kami diminta untuk menyediakan satu powerpoint secara atas talian supaya dapat dikongsikan bersama tutor dan rakan-rakan kami. Kemudiannya, kami akan membentangkan dan menerangkan kepada semua ahli kelas kami mengenai tajuk tersebut.
Mencari maklumat pada ketika itu, membina powerpoint juga pada masa itu dan perbincangannya juga diselitkan pada ketika itu. Kesemuanya kami lakukan dalam tempoh tidak kurang dari 30 hingga 45 minit. Satu perkara yang paling menyeronokkan bagi saya ialah, saya juga sebenarnya mampu menyiapkan satu-satu tugasan pada masa yang telah ditetapkan sekiranya saya sentiasa peka dan fokus dalam menyiapkan kerja tersebut. Begitu juga dengan penghasilan powerpoint ini. Saya berasa lebih bersemangat untuk menyampaikan kepada rakan-rakan saya kerana pada saya, apa maklumat yang saya peroleh belum tentu turut diperoleh rakan-rakan saya. Jadi, saya berasa teruja untuk berkongsi maklumat tersebut.