TUTORIAL (PEMBENTANGAN)
23 MEI 2017
Minggu ini merupakan minggu pembentangan bagi tugasan individu, iaitu semua ahli tutorial akan membentangkan hasil bahan bantu mengajar yang telah dibuat dan hasil kulit buku beserta album yang telah disusun. Pembentangan ini adalah secara santai di mana, selain daripada tutor, kami juga diberi peluang untuk memberikan sedikit pandangan dan idea sebagai penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh setiap orang yang membentangkan hasil kerja mereka. Majoriti hasil yang diberikan sangat memuaskan kerana kesemuanya menghasilkan tugasan yang sangat menarik dan kreatif. Malah, tidak dinafikan bahawa kreativiti seseorang itu sangat meluas dan tidak terhad. Syabas dan tahniah buat semua ahli tutorial dan tutor kami.