tutorial 5 (11 april 2017)
Tutorial ini kami telah didedahkan dengan satu lagi perkara atau aplikasi baru yang terdapat dalam teknologi berinovasi, iaitu video melalui aplikasi Aurasma. Sebelum diterangkan lebih lanjut mengenai aplikasi tersebut, kami terlebih dahulu dipertontonkan dengan video-video yang amat menarik melalui sekeping kad kecil dan beberapa helai kepingan A4 yang mengandungi maklumat tersirat. Tujuan utama pengenalan aplikasi tersebut adalah sebagai pendedahan awal kepada kami semua bagi memudahkan kami untuk membina ataupun mereka sendiri kandungan yang boleh kami masukkan melalui aplikasi tersebut. Di mana, ia juga memerlukan kami menghasilkan satu kombinasi yang menarik berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Fariza sendiri.
Saya dan 3 lagi rakan saya iaitu Zuhrah, Anim dan Amirul merupakan ahli kumpulan 1 di mana kami mendapat tajuk yang pertama dalam cabutan undi yang telah dibuat. Pertama kalinya saya mendengar tajuk Augmented Reality ini, saya masih tertanya-tanya bagaimana kumpulan kami hendak mengaplikasikannya menggunakan Aurasma ini. Namun, minggu ini hanya lah pengenalan sahaja dan mencari sumber maklumat yang boleh digunakan untuk memenuhi isi kandungan tersebut.
Hasil daripada carian sumber tersebut, saya tidak nafikan bahawa Augmented Reality ini sememangnya sudah digunakan atau diketahui oleh orang ramai, namun tidak semua yang sedar akan penggunaan aplikasi tersebut. Penggunaan Augmented Reality ini kebanyakannya lebih popular diaplikasikan dalam permaian 3D. Ia bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak, namun remaja dan dewasa juga turut berminat dengan penggunaan tersebut. Jadi, saya berasa beruntung setelah mendapat perkongsian yang amat menarik daripada tutor kami. Kesinambungan daripada pendedahan tersebut akan dijalankan pada tutorial di minggu yang seterusnya.