TUTORIAL 6 (25 APRIL 2017)
Kalau minggu lepas kami hanya didedahkan dengan aplikasi AURASMA ini. Namun, tutorial kali ini, kami telah diajar mengenai pembinaan aurasma menggunakan video dan gambar yang telah direka sendiri. Pertama kali membina video ini, saya berasa teruja kerana berjaya menghasilkan sendiri pembelajaran melalui aplikasi tersebut.
Dua komponen utama yang perlu ada semasa menghasilkan video ini ialah, trigger (gambar) dan ovelay (video). Kedua-duanya mempunyai durasi yang sangat pendek bagi memastikannya boleh dimuat naik ke dalam ruangan pada overlay aurasma tersebut. Berikut merupakan langkah-langkah menghasilkan video melalui aurasma :
1. Log masuk ke akauan aurasma masing-masing
2. Pergi ke 'create new aura'
3. Masukkan 'Trigger Image'
4. Tekan 'next'
5. Masukkan 'Overlay (video)'
6. Tekan ' add lock view' untuk pastikan ia masih kekal apabila bergerak
7. Tekan simpan
8. Cuba untuk imbas menggunakan telefon pintar masing-masing.
* untuk lebih jelas, bolehlah imbas di bahagaina tugasan kumpulan saya.